Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Nissan Motor Co. Ltd., hari ini telah melancarkan model baharu GT-R hanya untuk pasaran negara Jepun. Barisan model antaranya termasuk 2 model dengan keluaran terhad, iaitu GT-R Premium T Spec dan GT-R Track Edition talaan Nismo T spec. Semuanya dijadualkan akan mula dijual pada bulan Oktober nanti.
Kedua-dua model edisi terhad T-spec adalah lebih istimewa dilengkapi dengan carbon ceramic brakes, spoiler belakang. engine cover ekslusif dan juga bagde eksklusif pada bahagian dan belakang. Hanya 100 unit untuk model terhad ini telah dirancang untuk dijual dan mereka yang berjaya membeli akan dipilih mengikut lot.
Dua warna baharu iaitu Midnight purple dan Millenium Jade telah ditambahkan untuk pilihan T-spec. Midnight Purple adalah satu versi terkedepan bagi warna GT-R sebelum ini manakala Millenium Jade pula adalah warna yang memberi impak kehadiran kuasa.
Nama T-Spec mewakili falsafah bagi GT-R yang mendahului dan membentuk masa inspirasi dari ikutan dan daya tarikan. Sebagai pembuat ikutan, GT-R dihasilkan untuk senantiasa dihadapan masa dan kereta yang mampu dipandu dengan cengkaman – satu kunci karektor yang selalu diuji oleh para jurutera – menjadikan ianya satu tuan kepada tarikan.
Sumber: Nissan Motor Co. Ltd.,