Pengeluar kereta Britain, Vauxhall bakal memperkenalkan generasi baharu model popular mereka iaitu Astra. Astra merupakan sebuah model hatch yang popular di Britain. Vauxhall Astra memasuki generasi kelapan dengan model yang akan dilancarkan ini menunjukkan betapa ianya sudah sebati dalam masyarakat di England.
Rekaan model baharu ini cukup menarik perhatian terutama sekali dari sudut 3 suku belakang. Bahagian pillar C direka supaya kelihatan tajam menampakkan kehadiran kereta di jalanan. Ianya seakan mirip model popular Volkswagen Golf. Bumbungnya dicat hitam menyerlahkan lagi ketajaman bentuk Vauxhall Astra ini.
Bahagian dalamannya pula lebih moden dengan panel paparan digital penuh, sesuai dengan pemacu kuasa elektrik yang bakal digunakan untuk salah satu variannya. Selain dari model elektrik penuh, model plug in hybrid, petrol dan diesel juga akan dijual. Vauxhall Astra generasi kelapan dijangkan akan dijual pada bulan November 2021 ini.