Brosur model gantian MPV saiz besar popular Toyota Vellfire siri 40 baharu yang dijangka akan dilancarkan pada masa terdekat bocor lagi di laman sosial. Jika sebelum ini banyak gambar bahagian luaran sahaja, kali ini bahagian dalaman juga sudah tidak jadi rahsia lagi.
Vellfire baharu kali ni tampil dengan lebih aerodinamik berbanding model sekarang yang lebih berbentuk geometrik. Antara perbezaan ketara ialah tiada lagi rekaan segitiga pada B pillar dan rekaan corner glass pada A pillar yang lebih besar untuk menambah keboleh pandangan untuk pemanduan yang lebih selamat
Seperti yang dinyatakan pada awal hantaran ini, model baharu kali ini nampak sedikit panjang berbanding model sekarang dan pandangan dari bahagian sisi juga lebih aerodinamik.
Panel instrumen pula datang dengan rekaan 2 lapisan dipadankan dengan skrin head unit yang besar. Meter kluster kali ini adalah digital sepenuhnya.
Vellfire baharu harga bermula dari RM223 ribu akan dilancarkan pada 21/6 ini dan akan mempunyai varian 2.5 hibrid dan 2.4 liter dengan pengecas turbo.