Lagi gambar model Alphard dan Vellfire model terbaharu 2023 bocor sebelum pelancaran rasmi yang dijangkan pada 21/6 ini mengikut sumber di Toyota City. Jika sebelum ini gambar yang tersebar agak kurang jelas, kini di bawah pencahayaan yang terang, jelas kelihatan rupa bentuknya. Rekaan garis karektor yang lebih lembut mengurangkan kawasan bergeometri yang menyebabkan ramai memanggilnya “peti ais” bergerak. Paling jelas adalah ketiadaan bentuk ikonik segitiga pada B pillar yang terdapat pada 3 generasi sebelum ini.
Vellfire pula mempunya rekaan hadapan lebih menarik berbanding Alphard, dengan perumah lampu kabus yang berbentuk lebar ketepi menampilkan imej yang lebih serius. Mungkin ramai yang akan memilih Vellfire dari Alphard untuk model terbaharu ini.
Bahagian belakang pula nampak sedikit lebih berlekuk berbanding model sebelum ini memgurangkan kesan geometri dan memberikan rekaan berarus yang lebih dinamik. Apa-apa pun perasaan cantik adalah hak milik individu dan pembeli sendiri yang perlu menetapkannnya.