Pengguna-penguna MPV jenama Toyota yang menggunakan enjin 2.4L 2AZ selalu mengalami bunyi bising yang tidak normal pada enjin. Bunyi ini kebanyakannya berpunca dari balance shaft atau aci penstabilan enjin tersebut. Fungsi balance shaft ini adalah untuk menyerap gegaran yang terhasil bila berlaku pergerakaan piston dan crank shaft sewaktu enjin dihidupkan. Disarankan, balance shaft perlu ditukar untuk setiap 100 ribu kilometer bagi enjin jenis AZ.
Namun begitu, adakah dengan membuang balance shaft akan menyebabkan gegaran yang kuat? Seorang pengguna di Jepun cuba membuktikan teori ini. Beliau telah membeli sebuah Vellfire siri 20 di dalam talian yang diiklankan dengan keadaan “ enjin ada isu”. Setelah kereta sampai, bila enjin dihidupkan, bunyi enjin tidak normal dan seperti gegaran kecil.
Beliau yang mengetahui berkenaan isu balance shaft yang selalu ada pada enjin 2.4 AZ, cuba untuk mengeluarkan balance shaft itu dan ingin tahu apa yang terjadi bunyi dan gegaran enjin setelah ia ditanggalkan. Hasilnya amat mengejutkan. Untuk mengetahui keputusannya, sila lihat video dari Youtube di bawah ini:
Bagi mereka yang mengalami enjin berbunyi bising, segeralah bertemu mekanik yang pandai untuk menyelenggara MPV anda.
>>Mencari pekerjaan dengan unlimited income yang halal dan sah undang-undang? klik [SINI] untuk info lanjut<<