Umum mengetahu berkenaan isu model Proton X90 yang terbakar di bahagian tempat bateri hibrid yang sedang viral di laman sosial sekarang. Setakat ini, 2 unit X90 telah terbakar pada tempat yang sama dan setelah siasatan terperinci dilakukan, Proton telah mengeluarkan kenyataan untuk memanggil semula kereta-kereta pelanggan bagi membuat penambahbaikan pada bahagian tersebut.
Menurut Proton, punca kebakaran adalah suhu panas yang terhasil di kabel bumi menyebabkan bahan pengedap udara yang berada bersebelahannya terbakar. Seorang pengguna X90 telah berkongsikan penambahbaikan atau tindakan yang diambil oleh pihak Proton untuk mengatasi masalah ini. Link Kumpulan Fb Proton X90
Mengikut gambar di atas, bahan peredam atau pengedap bunyi itu kedudukannya betul-betul bersebelahan dengan punca kabel bumi yang disyaki punca kebakaran. Apa yang dilakukan oleh Proton ialah memotong sedikit bahan peredam bunyi tersebut untuk membuka jarak yang lebih jauh dari kabel bumi.
Diharapkan dengan kaedah penyelesaian ini, tiada lagi Proton X90 yang terbakar. Kepada para pengguna X90, bersegeralah untuk membuat pemeriksaan kereta anda di pusat servis berdekatan untuk keselamatan anda.